Save Our Rainforest 2015
Program Save Our Rainforest yang dianjurkan oleh PEKA menarik ramai pelancong dan peserta. Larian yang melalui denai dan perkampungan orang asli di Kuala Woh, Tapah, Perak amat menarik. Sepanjang perjalanan melalui hutan hujan tropika yang lembap ini, peserta dapat merasai kesegaran dan kekayaan kandungan hutan itu sendiri. Program yang turut dihadiri oleh artis-artis tanah air seperti Amy Search, Keith Foo, Nabila Huda dan ramai lagi. Tidak melepaskan peluang juga selepas berlangsungnya program ini boleh menikmati peserta disajikan dengan kesejukan air sungai Kuala Woh yang sejuk dan segar. Disini juga terdapat kawasan kolam air panas dimana ianya juga adalah salah satu kawasan pelancongan yang terkenal dengan kehijauan hutan dan kejernihan air.