Pages

Friday, March 13, 2015




Assalamualaikum w.b.t....
Kini destinasi kami ke Gunung Dato', Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Alhamdulillah sudah lama tidak mendaki ke sini akhirnya pendakian kali ini berjaya memecahkan rekod pendakian selama 2 jam dan menuruni hanya 1 jam masa yang diambil. Pendakian bersama rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti mendaki ini membuahkan hasil dan meningkatkan lagi semangat mereka untuk meneruskan ke peringkat seterusnya. Keadaan trek pendakian yang adakalanya curam dan mendatar tidak menyukarkan kami untuk mendaki namun keselamatan amat kami titikberatkan. Walaubagaimanapun, keadaan gunung yang berbatu dan berselirat dengan akar pokok ini juga tidak menghalang kanak-kanak berusia 2 tahun untuk mendaki sambil dipikul oleh keluarganya. Satu kebanggaan besar pada usia 2 tahun sudah mencapai puncak Gunung Dato'. Yuran permit untuk mendaki juga berpatutan hanya Rm5.00 sahaja. Keunikan disini juga terdapat aliran air jeram dimana pendaki dan pelancong mengambil peluang melepaskan penat lelah mereka sambil berkelah. Ia juga sesuai untuk aktiviti berkeluarga dan santai. Terdapat juga tapak perkhemahan yang disediakan di sini serta kemudahan awam seperti tandas,surau, gerai makan dan dewan. Jika ada yang berminat untuk ke sini bolehlah berkongsi informasi bersama saya. 0111-7848919-Bulat-




























Wednesday, March 4, 2015

Mossy Forest, Gunung Brinchang, Cameron Highland, Pahang..

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah..selamat sudah satu trip kami. Trip yang dianggotai oleh kami ke sini tidak lah mengambil masa yang terlalu lama. Kepuasan hati yang tidak terhingga apabila dapat menjejakkan kaki ke sini dan menjayakan perjalanan ini. Kawasan hutan yang lembap, berkabus dan berudara yang sejuk meningkatkan lagi kesegaran dan semangat pendaki untuk meneruskan perjalanan. Keadaan lantai hutan yang sedikit lecak kerana udara yang lembap dan terlingdung dari cahaya matahari ini menggiatkan lagi perjalanan akar-akar pokok yang berselirat melilit dan menjalar ditambah dengan lumut dan paku-pakis tumbuhan alpine. Pemakaian yang bersesuaian dengan keadaan cuaca perlulah dititikberatkan. Hal ini juga menimbulkan sedikit kesukaran bagi pengungjung dimana kawasan lapang permulaan tidak mempunyai kemudahan awam seperti tandas, medan selera, surau dan tempat istirehat. Bagi keluarga yang ingin berehat dan menikmati udara segar amat sesuai mengikuti pejalan kaki dan beristirehat di pondok-pondok yang disediakan dimana tidaklah terlalu jauh untuk berjalan. Pemandangan di kawasan pejalan kaki juga amatlah sesuai untuk pasangan yang ingin merakamkan gambar kenangan di awan komulonimbus tinggi serta terdapat juga pemandangan ladang teh yang menghijau sepangjang jalan mendaki ke tempat permulaan mendaki. So..saya berharap ramai yang akan berkunjung dan mencuba ke destinasi ini. sebarang perkongsian  01117848919..
SEKIAN...
BACK TO NATURE