Pages

Sunday, May 31, 2015

assalamualaikum w.b.t...

Bersempena dengan hari Science Innovation Challenge UiTM Tapah, disini terdapat pelbagai model 3D mengenai animal and plant cell.
Model 3D yang pelbagai ini dihasilkan sendiri oleh pelajar-pelajar UiTM sebagai salah satu projek biology bagi kos Diploma in Science. Model 3D ini telah dipamerkan di Makmal Biology UiTM Tapah, Perak dan pemarkahan diambil dimana model yang terbaik sahaja akan meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya.












Monday, March 30, 2015

Assalamualaikum w.b.t..
Lawatan sambil belajar seterusnya di SIRIM , Shah Alam, Selangor.
Pengetahuan tergempar apabila dinyatakan dari makmal bahawa tumbuhan tidak mempunyai sebarang collagen.Collagen hanya terdapat pada haiwan dan tubuh badan manusia sahaja selama ini kita banyak tertipu dengan pelbagai produk kecantikan yang menyatakan collagen dari Seaweed dan Aloevera.
Disini para saintis merungkaikan segalanya. Pemilihan produk kecantikan juga perlu dititikberatkan dimana terdapat produk yang menghakis kulit walaupun kesan nya amat cepat namun kesan jangka panjang siapa yang tahu. SIRIM bukan sekadar barangan elektrik malah pelbagai lagi kajian dan teknologi canggih yang direka khas untuk kemudahan manusia contohnya tengkorak kepala palsu, kaki palsu, topi keledar , mesin pencetak makanan segera, dan pelbagai lagi. 



 di galeri SIRIM






 penerangan di makmal kosmetik







gunalah bahan pencuci yang mempunyai peratusan 99.9999%







pelajar sedang khusyuk mendengar penerangan mengenai Agar Plate Spore dan keberkesanan bahan pencuci menghapus bakteria





penerangan di makmal Microfungus

Saturday, March 14, 2015


Assalamualaikum w.b.t....
Destinasi saya seterusnya ke Fraser Hills, Bentong, Pahang. Disini sehari bersama rakan-rakan diploma sains, UiTm Tapah,Perak menyelesaikan segala tugasan lawatan kajian kami mengutip serangga dan tumbuhan herba. Udara yang nyaman dan cuaca yang berkabus serta sejuk memberi semangat untuk kami meneruskan perjalanan kami. keadaan hutan disini hampir sama dengan keadaan hutan di Mossy Forest di Cameron Highland. Tempat ini menjadi tarikan pelancong luar dan dalam. Fraser Hills juga menjadi tarikan kepada peminat sukan lasak 'Mountain Bike' yang menjadikan laluan ini sebagai cabaran untuk mereka.Selain itu, ia juga menjadi tarikan kepada peminat-peminat motosikal mewah dan lasak berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Keadaan disini agak sunyi dimana sesuai bagi pelancong yang inginkan suasana sunyi dan nyaman tanpa gangguan bandar sibuk. Terdapat banyak tempat yang boleh dilawati dan amat sesuai juga untuk pasangan yang baru memulakan rumahtangga untuk berbulan madu. 






We are YOUNG

Student BIO300





perjalanan sejauh 15km












Puncak Inn